+ Last Report : Signing off from AQU4103 +

Tarikh: 21/06/2022

Assalamualaikum, minggu ni merupakan minggu terakhir atau minggu ke 14 iaitu minggu dimana penyilaian terakhir sebelum study week dan juga exam. selepas itu, kami akan meninggalkan UMT dan sambung untuk membuat internship. oleh itu, ini adalah minggu akhir kami untuk menjaga ikan di hatcheri bagi subjek kultur ikan hiasan yang diajar oleh Dr. lokman.

Untuk content kali Terakhir ini,akan dibahagi kepada empat bahagian.

1.0 Keadaan, kesihatan dan pemakanan ikan 

2.0  Rekabentuk Akuascape Akuarium

3.0 Perjalanan sepanjang semester.

4.0  Kesimpulan 


1.0 Keadaan & Kesihatan dan pemakanan ikan guppy.

1.1 Keadaan ikan.

   Sepanjang semester ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesa. cuma dari saya beli 6 induk iaitu 3 betina dan juga 3 jantan. 1 induk betina dan 1 induk jantan telah mati seperti yang saya nyatakan di blogger sebelum ini tetapi 2 induk jantan hilang dengan misteri tanpa sebarang peningglan bangkai atau sebaliknya. tidak tahu hilang ataupun apa yang berlaku. Akhirnya, tinggal 2 ekor induk betina dan anak anaknya yang selamat dilahirkan dan membesar dengan baik. 

Bercakap tentang Anak ikan,  alhamdulillah anak ikan semuanya baik baik sahaja. walaupun saya asing sekejap induk dengan anak hampir beberapa minggu dan minggu ini saya campurkan semula supaya anak2 ikan dapat bermain di dalam aquarium yang luas.

1.2 Kesihatan ikan 

  Tentang kesihatan ikan, ikan 2 induk betina setakat ini masih dalam keadaan sihat. tetapi ikan yang mati sebelum ini mungkn berpenyakit sebab 1 induk jantan yang mati tu dia macam terkikis sedikit dekat kepala dia tu and then mati. kemudian, 1 induk betina mati selepas tukar air, mungkin faktor persekitaran ataupun stress kerana tiada sebarang symptom berpenyakit seperti induk jantan yang mati iaitu dia tak aktif berenang and selalu menyorok di pokok2.

1.3 Pemakanan ikan.

 Hal pemakanan ikan, sepanjang menjaga ikan guppy saya semester ni, alhamdulillah, guppy saya tak terlalu cerewet sangat. saya hanya bagi makan pellet sehaja. sebab saya tak mampu nak bagi live food. untuk anak ikan, diaorang sesuai makan pellet tu sebab saiz pellet yang kecil. so tiada masalah seperti masalah untuk makan dan sebagainya. 

2.0  Rekabantuk Akuarium.(Aquascape)



Berkaitan design Akuarium, gambar di atas adalah latest design untuk ikan guppy saya, kalini sya focus untuk focal point di bahagian tepi, dan tumbuhan palsu di  belakang dan pokok hidup di tepi. Substance pula saya  masih kekalkan batu hitam yang kecil2. 

Untuk aquascape, saya tak terlalu focus untuk membeli barang2 decoration. hal ini kerana saya tak cukup bajet. saya guna apa yang ada di hatcheri dan sekitar umt sahaja. Malah, saya pentingkan bahan basic yang peting untuk ikan terus hidup sahaja.


3.0  Perjalanan Sepanjang semester.



Sepanjang ambil kursus ini, perkara yang penting adalah pergi ke hatcheri  untuk menjaga ikan. saya selalunya akan pergi ke hatcheri sebelum pergi ke kelas dengan berjalan kaki.  walaupun penat berjalan kaki, itula kenangan yang paling akan diingat nanti.tetapi alhamdulilah kadang- kadang kawan ada bagi tumpang pergi ke hatcheri. 

4.0 Kesimpulan

 Kesimpulannya, sepanjang semester ni. apa yang saya dapat pelajari adalah apa basic untuk bela ikan hiasan. Tetapi secara jujurnya, saya lebih gemar dan tertarik bagi sub-topic aquascape sebab dari situ, saya rasa seronoknya untuk design sesuatu akuarium. Tambahan pula, jika ada modal yang lebih, pasti lagi cantik aquarium tu. 

           selain itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Lokman seab sudi ajar untuk semester ini. walupun masih sabar dengan perangai student2 nya. Terima kasih atas segala ilmu yang diberi. 

Akhir sekali, saya harap segala ilmu yang diberi dan dipelajari bersama dr lokman dapat diguna pakai sama ada di tempat intern dan apabila bekerja dimana- mana nanti.


Terima Kasih. 

 

 

 

Comments