Penambahan pokok elodia sp. ke akuarium: kebaikan dan fungsi kepada guppy.

Proses penambahan pokok hidup/ tumbuhan akuatik untuk guppy: 


Untuk menjimatkan kos, saya telah mencari pokok hidup di sekitar umt, dan saya dapat mancari pokok elodia sp yang berada di parit di hadapan Kompleks sukan UMT. 




Kelebihan pokok hidup/tumbuhan akuatik untuk guppy:
  • mencantikkan lagi daya tarikan akuarium
  • menjadi sumber utama pembekal gas oksigen dalam akuarium dan menyerap gas CO2 iaitu karbon dioksida yang dilepaskan oleh ikan
  • sumber makanan bagi sesetengah spesis ikan yang memakan daun atau rumput dan akan menjadi tempat untuk ikan-ikan berlindung dan bermain-main serta menjadi tempat untuk ikan bertelur.



Berkaitan tumbuhan akuatik elodia sp


  • mempunyai daun hijau yang terang,
  • Tumbuh dalam pelbagai habitat kolam tetapi lebih suka tumbuh dalam sedimen halus di dasar kolam yang sejuk dan berair.
  • Salah satu daripada beberapa tumbuhan kolam yang boleh kekal hijau sepanjang musim sejuk.
  • Membiak melalui serpihan batang.(stem)


    Kebaikan: 
  • Menyediakan perlindungan yang sangat baik untuk serangga akuatik dan ikan dan berfungsi sebagai sumber makanan untuk pelbagai hidupan liar kolam.
  • Salah satu daripada beberapa tumbuhan akuatik yang menyediakan habitat bawah air semasa musim sejuk.
  • Jumlah elodea yang sederhana secara amnya dianggap bermanfaat untuk ekosistem kolam.

    keburukan: 
  • Pertumbuhan elodea yang padat boleh mengganggu beberapa kegunaan kolam dan akuarium.
  • Pertumbuhan yang berlebihan juga boleh mengurangkan paras oksigen terlarut semasa musim panas yang menyebabkan kematian ikan.



Rujukan:
  • TUMBUHAN AKUATIK - APA DIA? (2022, April 5). Blogspot.com. http://animhosnan.blogspot.com/2017/03/tumbuhan-akuatik-apa-dia.html
  • Penn State Extension. (2008, February 25). Elodea (Common Waterweed). Penn State Extension. https://extension.psu.edu/elodea-common-waterweed



Comments