+ Cleaning Day: part II +
Tarikh: 20/06/2022 ( 8.15 am)
Assalamualaikum, so hari ni di pagi hari yang tiada kelas. saya melangkah kaki ke hatcheri untuk cleaning day! jadi perancangan harini adalah untuk membersih sedikit aquarium, buang segala siput yang wujud di dalam aquarium, masukkan semula anak ikan ke dalam akuarium setelah beberapa minggu diasingkan. kemudian membuang pokok hidup.
Alasan kenapa saya buang pokok hidup adalah kerana atas dasar pemerhatian saya, pokok hidup tu menyebabkan siput semakin banyak dan membiak dengan jayanya. malah anak anak siput melekat di permukaan daun pokok. mungkin selepas saya buang, siput dapat dikurangkan.
Akhir sekali, saya akhiri hari saya harini dengan bersih akuarium, isi balik air dengan air yang bersih. redesign sikit akuarium, memberi makan dan pulang.
Comments
Post a Comment