Posts

Showing posts from June, 2022

+ Last Report : Signing off from AQU4103 +

Image
Tarikh: 21/06/2022 Assalamualaikum, minggu ni merupakan minggu terakhir atau minggu ke 14 iaitu minggu dimana penyilaian terakhir sebelum study week dan juga exam. selepas itu, kami akan meninggalkan UMT dan sambung untuk membuat internship. oleh itu, ini adalah minggu akhir kami untuk menjaga ikan di hatcheri bagi subjek kultur ikan hiasan yang diajar oleh Dr. lokman. Untuk content kali Terakhir ini,akan dibahagi kepada empat bahagian. 1.0 Keadaan, kesihatan dan pemakanan ikan  2.0  Rekabentuk Akuascape Akuarium 3.0 Perjalanan sepanjang semester. 4.0   Kesimpulan  1.0 Keadaan & Kesihatan dan pemakanan ikan guppy. 1.1 Keadaan ikan.    Sepanjang semester ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesa. cuma dari saya beli 6 induk iaitu 3 betina dan juga 3 jantan. 1 induk betina dan 1 induk jantan telah mati seperti yang saya nyatakan di blogger sebelum ini tetapi 2 induk jantan hilang dengan misteri tanpa sebarang peningglan bangkai at...

+ Cleaning Day: part II +

Image
 Tarikh: 20/06/2022 ( 8.15 am) Assalamualaikum, so hari ni di pagi hari yang tiada kelas. saya melangkah kaki ke hatcheri untuk cleaning day! jadi perancangan harini adalah untuk membersih sedikit aquarium, buang segala siput yang wujud di dalam aquarium, masukkan semula anak ikan ke dalam akuarium setelah beberapa minggu diasingkan. kemudian membuang pokok hidup. Alasan kenapa saya buang pokok hidup adalah kerana atas dasar pemerhatian saya, pokok hidup tu menyebabkan siput semakin banyak dan membiak dengan jayanya. malah anak anak siput melekat di permukaan daun pokok. mungkin selepas saya buang, siput dapat dikurangkan.  Akhir sekali, saya akhiri hari saya harini dengan bersih akuarium, isi balik air dengan air yang bersih. redesign sikit akuarium, memberi makan dan pulang.   

+ Redesign Aquarium +

Image
 Assalamualaikum, so hari ni punya content adalah berkaitan redesign aquarium. Disebabkan hampir berbulan tak tukar design aquarium.so, saya decide untuk tukar design aquarium. Mungkin ikan pun bosan sebab design rumah dia sama ja. So dengan menggunakan  hard material yang sama, pokok yang sama. Saya just susun batu2 sahaja. Dengan menggunakan bajet Rm0 dan hanya menggunakan apa yang ada dihatcery dan  sekitar umt sahaja, saya dapat design aquarium yang saya inginkan. Kalau boleh lihat gambar sebelum disusun atur diatas, dia macam tak berapa nak cantik sebab terlalu crowded dan tiada focal point di dalam aquarium. Malah, dalam aquarium ni terlalu banyak batu. Jadi saya redesign seperti gambar di bawah. Jadi saya redesign menggunakan kaedah the golden ratio. So, focal point dia adalah di tepi bahagian yang ada ruang kecil sahaja. Jadi, masih ada ruang untuk ikan berenang dengan seronoknya di bahagian yang luas. 

+ Induk ikan mati +

Image
 Tarikh: 1/06/2022 Assalamualaikum, nak cerita harini bahawa ikan guppy jantan telah mati  harini. Sebenarnya ikan ni dari semalam lagi nampak pelik, sebab dia selalu berenang tetapi semalam dia agak kurang aktif, and selalu menyorok disebalik pokok dan gaya berenang juga pelik. Tambahan pula, di atas kepalanya mungkin berpenyakit kerana ada macam hakisan- hakisan di kulit kepala. Berikut adalah gambar ikan jantan yang mati:  Jadi, sekarang ini hanya ada induk betina sahaja, dan mungkin  saya tak akan beli ikan induk jantan lagi sebab nak habis semester dah, satu lagi sebab anak- anak nya masih ada. mungkin nanti boleh dijadikan induk. update : 17/ 06/2022 So, pada hari jummat,  satu lagi ikan induk betina telah mati, punca kematian tidak dapat diketahui. mungkin faktor persekitaran, sebab sehari sebelum tu (hari khamis) saya ada tambah air sedikit ke dalam akuarium.  Dibawah adalah gambar ikan betina yang mati:  Jadi, hanya tinggal 2 ekor sahaja betin...