+Cabaran-cabaran yang dihadapi ketika memembela ikan sepanjang semester+
1. Usaha untuk pergi ke hatcheri untuk memberi makanan kepada ikan.
Antara cabaran yang dihadapi oleh saya untuk membela ikan sepanjang semester ini adalah untuk pergi ke hatcheri. saya terpaksa berjalan kaki hampir 1KM ke hatcheri untuk memberi makan kerana tiada kenderaan atau transport tetapi saya usahakan juga untuk pergi ke hatcheri, sama-ada sebelum kelas ataupun selepas kelas. kadang- kadang saya akan menumpang kawan saya yang ada motor/ kereta untuk pergi ke hatcheri atau jika tiada kelas pada hari tertentu, saya akan minta tolong kawan untuk memberi makan ikan saya. tetapi itula, kadang2 saya tak nak menyusahkan kawan- kawan yang lain. saya terpaksa juga pergi ke hatcheri, tapi bukan setiap hari.
oleh kerana itu tanggungjawab saya juga sebagai seorang pelajar yang ambil kursus ini, saya terpaksa lupakan penat lelah dan terus menjaga ikan saya demi menjaga gred yang baik.
2. Proses Memberi Makan.
Disebabkan cabaran diatas, masalah utama saya ialah proses memberi makan dan waktu memberi makan. Oleh disebabkan autofeeder terlalu mahal bagi saya, saya menggunakan alternatif lain iaitu menambahkan pokok hidup. Disebabkan atas pengalaman saya menjaga ikan guppy, ikan guppy ini senang dijaga kerana ia juga memakan pokok hidup. oleh itu, saya letakkan pokok hidup,
oleh itu, ikan guppy ni dapat juga sumber makanan jika saya tak sempat untuk memberi makanan.
3. Masalah Siput Akuarium.
Masalah seterusnya adalah wujudnya siput akuarium, walaupun saya dah berapa kali buang siput tersebut, ia masih wujud. oleh itu, saya perlu buang siput dan bersihkan akuarium jika wujudnya siput akuarium tersebut.
setelah membuat bacaan di laman web tertentu, antara punca datangnya siput adalah semasa penambahan pokok hidup, mungkin siput tersebut tergantung di permukaan pokok hidup dan membiak di dalam akuarium.
oleh itu, pembersihan akuarium perlu dilakukan secara kerap.
Comments
Post a Comment