Ikan guppy mengawan dan telah hamil.

+ Proses Mengawan dan kaedah pembiakbakkan+


setelah hampir 2 minggu ikan guppy diletakkan di dalam akuarium. ikan guppy teleh menunjukkan proses mengawan antara ikan jantan dan betina. Dalam pemerhatian ikan jantan akan mengejar ikan betina yang disukainya tetapi proses mangawan tidak dapat diketahui dan direkod. untuk kaedah pembiakbakkan ikan guppy ini, saya telah melakukkannya secara natural iaitu letakkan semua ikan guppy ke dalam akuarium tanpa mengasingkan jantan dan betina. 




Berdasarkan video di atas, ikan jantan menggoyangkan sirip dan ekornya. mungkin untuk menarik perhatian si betina. kemudian mengejar si betina tersebut.


+ Tanda2 Ikan betia telah hamil+ 

Antara 1 dari 3 ikan betina telah menunjukkan tanda-tanda hamil. walaupun kejadian dihamilkan tidak ketahui, ataupun mungkin ikan telah hamil sebelum saya membelinya di kedai akuarium. 



Berdasarkan rujukan antara ciri ikan guppy betina yang hamil adalah:

 1. Saiz perut ikan. 

  • Saiz ikan guppy betina akan membesar dan membonjol semasa mengandung. Namun, kadangkala perubahan bentuk badan ini hanya berpunca daripada udara dan bukan disebabkan oleh kehamilan. Walau bagaimanapun, jika ketulan itu terus membesar dalam saiz selepas beberapa minggu memerhatikannya, ada kemungkinan besar ikan gupi hamil.

2.  Gravid spot muncul.

  •  "Bintik hitam" akan muncul pada bawah sirip/ perut si betina . Bintik-bintik yang terletak berhampiran di bawah perut guppy akan menjadi gelap dalam beberapa minggu. Jika bintik-bintik ini lebih gelap daripada warna asalnya, ikan guppy semestinya hamil. Ikan guppy akan  bertelur serta-merta jika terdapat bintik-bintik kecil di kawasan "tempat hamil". Bintik-bintik kecil ini adalah mata anak guppy.
Mengikut ikan saya yang berada di akuarium, perutnya semakin membesar. kemungkinan 2-3 mingu lagi akan beranak. 




Rujukan :

Elliott, P. (2019, April 6). Cara Mengetahui Ikan Gupi yang Hamil. WikiHow; wikiHow. https://id.wikihow.com/Mengetahui-Ikan-Gupi-yang-Hamil

Comments