Posts

Showing posts from April, 2022

+ Ikan guppy dah beranak+

Image
TARIKH: 12/4/2022 Catatan:  Alhamdulillah, Ikan guppy telahpun beranak semasa saya datang melihat ikan-ikan saya. Jumlah anak ikan guppy  tidak dapat diketahui kerana masih kecil dan beberapa ekor menyorok di pokok hidup.  saya masih berfikir sama ada untuk mengasingkan anak dan juga induk  atau tidak kerana saya nak anak- anaknya membesar secara natural bersama induk. saya cuba untuk mendapat nasihat dari rakan-rakan saya yang lain tetapi rakan-rakan saya mempunyai pelbagai pendapat, Ada yang menyatakan induk tak akan makan anak, dan pendapat yang lain menyatakan induk akan makan anak. Jadi saya masih menunggu, kalau jumlah anak ikan berkurang, maksudnya saya kena asingkan. Update: 26/5/2022 Anak ikan masih hidup. membesar dengan baik.   

Ikan guppy mengawan dan telah hamil.

Image
+ Proses Mengawan dan kaedah pembiakbakkan+ setelah hampir 2 minggu ikan guppy diletakkan di dalam akuarium. ikan guppy teleh menunjukkan proses mengawan antara ikan jantan dan betina. Dalam pemerhatian ikan jantan akan mengejar ikan betina yang disukainya tetapi proses mangawan tidak dapat diketahui dan direkod. untuk kaedah pembiakbakkan ikan guppy ini, saya telah melakukkannya secara natural iaitu letakkan semua ikan guppy ke dalam akuarium tanpa mengasingkan jantan dan betina.  Berdasarkan video di atas, ikan jantan menggoyangkan sirip dan ekornya. mungkin untuk menarik perhatian si betina. kemudian mengejar si betina tersebut. + Tanda2 Ikan betia telah hamil+  Antara 1 dari 3 ikan betina telah menunjukkan tanda-tanda hamil. walaupun kejadian dihamilkan tidak ketahui, ataupun mungkin ikan telah hamil sebelum saya membelinya di kedai akuarium.  Berdasarkan rujukan antara ciri ikan guppy betina yang hamil adalah:  1. Saiz perut ikan.  Saiz ikan guppy betina ak...

Penambahan pokok elodia sp. ke akuarium: kebaikan dan fungsi kepada guppy.

Image
Proses penambahan pokok hidup/ tumbuhan akuatik untuk guppy:  Untuk menjimatkan kos, saya telah mencari pokok hidup di sekitar umt, dan saya dapat mancari pokok elodia sp yang berada di parit di hadapan Kompleks sukan UMT.  Kelebihan pokok hidup/tumbuhan akuatik untuk guppy: mencantikkan lagi daya tarikan akuarium menjadi sumber utama pembekal gas oksigen dalam akuarium dan menyerap gas CO2 iaitu karbon dioksida yang dilepaskan oleh ikan sumber makanan bagi sesetengah spesis ikan yang memakan daun atau rumput dan akan menjadi tempat untuk ikan-ikan berlindung dan bermain-main serta menjadi tempat untuk ikan bertelur. Berkaitan tumbuhan akuatik elodia sp .  mempunyai daun hijau yang terang, Tumbuh dalam pelbagai habitat kolam tetapi lebih suka tumbuh dalam sedimen halus di dasar kolam yang sejuk dan berair. Salah satu daripada beberapa tumbuhan kolam yang boleh kekal hijau sepanjang musim sejuk. Membiak melalui serpihan batang.(stem) Kebaikan:  Menyediakan perl...